Sunday, 5 August 2012

Kelebihan Malam Tujuh Likur

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mengandungi byk berkat di mana Allah akan memberi pahala berkali ganda kepada orang yang beribadah di samping diampuni-Nya segala dosa orang yang berdosa. 

Pada Bulan Ramadhan juga diturunkan kitab-kitab kepada nabi-nabi. Wasilah bin Asraq r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. pada hari keenam bulan Ramadhan, Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. pada hari ketiga belas bulan Ramadhan dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada dua puluh empat Ramadhan." (Riwayat Al-Musnad).

Firman Allah s.w.t.:
Ertinya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Iaitu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehingga terbit fajar." (Al-Qadr)

Rasulullah s.a.w memerintahkan dalam sabdanya yang bermaksud: 
"Carilah oleh kamu akan Lailatul Qadar, iaitu pada 10 hari-hari terakhir bulan Ramadhan."

Nabi Musa a.s. di dalam satu riwayat telah memohon kepada Allah s.w.t. di dalam munajatnya: 
"Tuhanku, aku ingin dekat dengan-Mu."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
"Aku ingin sekali dekat dengan orang  yang bangun beribadah pada malam Lailatul Qadar."
Nabi Musa a.s memohon lagi:
"Tuhanku, aku inginkan rahmat-Mu."
 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Rahmat-Ku adalah Aku curahkan kepada orang yang kasih (membantu) kepada fakir miskin pada malam Lailatul Qadar."
Nabi Musa a.s memohon lagi:
"Tuhanku, aku inginkan diakhirat nanti melintasi Titian Sirat dengan pantas sepantas kilat."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Orang yang bersedekah pada malam Lailatul Qadar dapat berbuat demikian (melintasi seceoat kilat Titian Sirat)."
Nabi Musa a.s bermunajat lagi:
"Tuhanku, aku ingin berteduh di bawah pohon syurga serta makan buahnya."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Orang yang bertasbih bersungguh-sungguh pada malam Lailatul Qadar dapat berteduh dan makan buah-buahan syurga."
Nabi Musa a.s bermunajat lagi:
"Tuhanku, aku ingin selamat daripada api neraka."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Orang yang beristighfar (bertaubat) pada malam Lailatul Qadar hingga waktu Subuh, selamat ia daripada api neraka."
Nabi Musa a.s bermunajat lagi:
"Tuhanku, aku ingin mendapat keredhaan-Mu."
Firman Allah s.w.t.:
"Keredhaan-Ku bagi orang yang soalat dua rakaat pada malam Lailatul Qadar."

Tersebut di dalam kitab Zubdatul Wa'izin bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Semua pintu-pintu langit dibuka pada malam Lailatul Qadar. Setiap orang yang solat pada malam itu Allah s.w.t. akan kurniakan pada setiap takbirnya akan ganjaran sebatang pohon syurga yang luas rimbunannya seratus tahun perjalanan kenderaan, di situlah ia akan berteduh. Dan juga pada setiap rakaat solatnya kan dikurniakan pula sebuah bangunan di dalam syurga yang diperbuat daripada batu-batu mutiara, permata merah, permata hijau, berlian. Dan juga pada setiap bacaan di dalam solatnya dikurniakan balasan sebuah mahkota. Dan dariapda setiap duduk dan bangun diberikan darjat akan beberapa darjat di syurga dan setiap salam dijadikan sebagai perhiasan (yang amat indah)."

Bilakah Tarikh Lalilatul Qadar?

Menurut keterangan hadith yang diriwatkan oleh Imam At-Tabarani bahawa berlakunya Lalilatul Qadar itu ialah pada malam-malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27, 29 dan 30.

Salah satu cara yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali; bahawa ia berpandukan kepada permulaan puasa.
  • Ahad atau Rabu - 29 Ramadhan 
  • Isnin - 21 Ramadhan
  • Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan 
  • Khamis - 25 Ramadhan 
  • Sabtu - 23 Ramadhan.
(Mengikut sumber) Wallaahualam...
*Yang penting pada malam ganjil 10 hari-hari terakhir bulan Ramadhan.  
Sumber: Al-Hasyir, A. (2010). Masalah-Masalah Ibadah Puasa, Hari Raya & Zakat. Al-Hidayah. 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Graduation tickers