To All and Myself...
Ikhlas adalah rahsia ALLAH, hanya ALLAH yang menentukan kita ikhlas atau tidak. Dalam sebuah Hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud; "Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku kehendaki."
Bagi ALLAH, keikhlasan merupakan pengukur samada amalan kebajikan itu diterima atau ditolak. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Sesungguhnya ALLAH Azajawalla tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya"-(Riwayat Abu Daus dan An Nasaie).
Maksud ikhlas:
- Perasaan dalam hati iaitu sesuatu perkara atau amalan yang dibuat itu yang ditinggalkan semata-mata diniatkan kerana ALLAH, tidak kerana lain.
Tanda Ikhlas:
Walaupun ikhlas adalah rahsia, tetapi ada garis panduan untuk mengukur hati dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Tanda orang itu ikhlas ialah;
- Apabila ia dipuji atau dikeji terhadap amalannya. Pujian tidak membanggakan, dan kejian tidak menyusahkan.
- Amalan dilakukan secara tertutup drpd pengetahuan atau penglihatan org lain.
- Selalu membuat kebajikan kepada orang yang berbuat jahat tanpa pengetahuannya.
- Melakukan ibadah walaupun di tempat sunyi atau hadapan orang.
- Banyak lagi..........
Bagi orang yang memiliki ikhlas, dianggap orang yang paling beruntung di dunia dan di akhirat.
Dalam Al Quran ALLAH menjamin hanya orang mukhlis (ikhlas) sahaja yang tidak dapat disesatkan oleh syaitan. Sewaktu syaitan diberi izin oleh ALLAH untuk menyesatkan Bani Adam, syaitan berjaya menyesatkan semua manusia dan sehingga mereka memanfang maksiat yang ditaja oleh syaitan sebagai perkara baik, kecuali orang yang ikhlas.
Surah Al Hijr ayat 41 dan 42:-
Orang mukhlis (ikhlas) ialah orang yang berada di atas jalan lurus (Siratul Mustaqim), iaitu orang yang tetap mentaati ALLAH sehingga ALLAH memberikan taufiq (pimpinan) yang tidak dapat disesatkan oleh syaitan.
Sumber: Jaafar Salleh, (2012).Ciri-Ciri Wanita yang membawa ke Syurga. Al-Hidayah.
Sumber: Jaafar Salleh, (2012).Ciri-Ciri Wanita yang membawa ke Syurga. Al-Hidayah.
No comments:
Post a Comment