Thursday, 17 May 2012

Bahaya Lidah Dan Mengumpat

To All and Myself, 

Di antara 20 jenis bahaya lidah yang disenaraikan oleh Iman Al Ghazali di dalam Ehya Ulumuddin, yang paling panjang dibahaskannya ialah bahaya yang berpunca daripada mengumpat, iaitu menceritakan tentang keburukan dan aib orang lain di belakang.

Maksud Mengumpat:
             Apabila kita menyebut-nyebut aib atau sesuatu kekurangan seorang muslim yang lain yang memang kekurangan itu ada padanya dan kalau ia mendengar ia TIDAK SUKA. Tetapi sekiranya kita menyebut sesuatu kekurangan atau kita mengada-ngadakan sesuatu yang tidak ada atau tidak dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, maka ia dianggap FITNAH. Fitnah lebih berat kesalahan dan dosanya dariapda mengumpat.

           Maksud dan takrif mengumpat telah dijelaskan oleh Nabi SAW sendiri. Sabda beliau, maksudnya; "Tahukah kamu apa itu yang dikatakan mengumpat." Jawab Sahabat; "Allah dan Rasul sahaja yang mengetahuinya". Sabda Nabi SAW; "Mengumpat itu ialah apabila kamu membicarakan sesuatu perkara tentang sahabat kamu yang kalau ia dengar ia tidak suka". Para Sahabat bertanya lagi; "Bagaimana kalau perkara itu memang ada padanya?". Jawab Nabi SAW; "Sekiranya perkara itu benar ada, itulah dinamakan mengumpat. Sekiranya tidak ada, ia dihukum sebagai fitnah terhadapanya" - (Hadis riwayat Iman Muslim).

4 Hukum Melakukan Umpatan:
  • Boleh menyebabkan kafir,
  • Boleh menjadi nifaq, 
  • Boleh terjadi maksiat, dan 
  • Boleh terjadi harus.
Ia menjadi harus apabila - seseorang itu menceritakan kejahatan seorang ahli maksiat atas tujuan agar orang lain tidak terpengaruh dengan kejahatannya. Bahkan, menurut Abu Lais As Samarqandi lagi, ada kala perbuatan demikian mendapat pahala pula, sekiranay dengan cara demikian dapat mencegah maksiat dan kemungkaran itu daripada terbabit kepda orang lain.

Sumber: Jaafar Salleh, (2012).Ciri-Ciri Wanita yang membawa ke Syurga. Al-Hidayah. 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Graduation tickers