Tgah mencari Maksud Sebuah Kasih Sayang. Then jumpe satu story nie.
Story of Kasih Sayang....
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai Kasih Sayang.
Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga Kasih Sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: "Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang Paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang Paling cantik, bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut ppulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih.
Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang PALING cantik. Maka, saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh di petik."
Cikgu: "Ya. Itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Sekian....
Saya terharu sangat dengan soalan seorang anak murid yang ingin mengetahui bentuk kasih sayang. Hope saya akan menghargai sebuah kasih sayang yang diberi kepada saya. Tanpa menoleh ke belakang atau maju ke depan. Thank you Hilman. Terima kasih kerna mula menyayangi diri ini.
No comments:
Post a Comment