Wednesday, 8 February 2012

Tip Kebahagiaan Adam & Hawa

Kejujuran
Tetapkanlah bersikap jujur meskinpun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda.

Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

Persahabatan 
Menjadikan sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.

Hormat Satu Sama Lain dan Kompromi
Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.

Memaafkan 
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.

Bersikap Realistik
Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.

Lupakan Masa Lalu 
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.

Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

Sumber dari Adam & Hawa terbitan Alaf 21

No comments:

Post a Comment

Daisypath Graduation tickers