Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW:
Berilah wasiat kepadaku.
Nabi SAW bersabda: “Jangan marah.” Beliau mengulanginya
beberapa kali dan bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari,
dan al-Tarmizi)
Sabda Baginda
yang bermaksud: “Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan
lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa
nafsunya di waktu marah.”
Diriwayatkan
daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda: “Sesiapa yang menahan marahnya
padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat
di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang
disukainya.”
Cara
Mencegah Kemarahan
- Jauhi akhlak yang tercela seperti sombong, tinggi diri, bangga diri, menghina orang lain, banyak bercanda, suka perdebatan dan sebagainya.
- Didik diri dengan akhlak mulia seperti sabar, lemah lembut, tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan sebagainya.
- Berlatih memaafkan orang yang membuat salah.
- Bersikap tawaduk.
- Mengucapkan ta'awwuz. A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
- Mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk atau daripada duduk kepada berbaring.
- Berhenti berbicara.
- Berwuduk.
No comments:
Post a Comment