Pengenalan
Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara. Kesan rumah hijau berlaku kerana haba yang terperangkap oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.
ISU: Pencairan Ais Di Antartika
Pertama kali terjadi setelah 125 ribu tahun, akhirnya ais kutub utara mencair, foto satelit daerah kutub utara menunjukkan jalur Barat Laut dan Timur Laut di kutub utara terbuka secara bersamaan adalah pertama kalinya manusia dapat berlayar mengelilingi kutub utara tanpa hambatan sama sekali, namun hal ini bermaksud proses pemanasan global berlaku dengan kadar yang lebih cepat. Ilmuwan dari Universiti Bremen Jerman menunjukkan sejumlah foto yang diambil dari satelit milik NASA yang menunjukkan jalur barat laut telah terbuka, sementara bongkah ais terakhir yang selama ini menutupi garisan yang menembus laut Laptev-Siberia menghala ke Rusia juga telah cair. Berita mengenai kejadian ini juga telah diketahui di berita harian Independent Inggeris 31 Ogos yang lalu. Para ilmuwan asal Amerika membuat ramalan jika pemanasan global tetap terjadi maka dalam tempoh 5 tahun, musim panas di Kutub utara bakal tidak ada ais. Ramalan seperti ini akan muncul kerana jumlah lapisan ais yang telah melebur hingga saat ini seharusnya akan terjadi pada tahun 2050 yang akan datang. Pada tahun 2005 garisan Timur Laut pernah sekali terbuka, tetapi garisan Barat Laut waktu itu tetap tertutup, dan tahun 2006 keadaannya berbalik, tetapi pada tahun ini kedua garisan tersebut terbuka secara serentak. Pihak yang paling mendambakan terjadinya hal ini adalah perusahaan pelayaran, sebab dengan pembukaan kedua garisan ini akan dapat memendekkan tempoh pelayaran sebanyak ribuan batu. Pembukaan ini memendek jarak pelayaran antara Jerman dan Jepun sebanyak 4.000 batu dan sudah ada perusahaan pelayaran yang bersiap-siap untuk membuka garisan pelayaran melalui perjalanan ini tahun depan.
Pemanasan Global secara langsung mencairkan ais di daerah kutub utara dan kutub selatan. Ais di Greenland yang telah mencair hampir mencapai 19 juta ton dan volume ais di Artik pada musim panas 2007 hanya tinggal setengah dari yang ada 4 tahun sebelumnya. Peleburan ais saat ini berlaku dengan kadar yang lebih cepat dari model-model ramalan yang pernah diciptakan oleh para ilmuwan. Beberapa ramalan awal yang pernah dibuat sebelumnya meramalkan bahawa seluruh ais di kutub akan lenyap pada tahun 2040 sampai 2100. Tetapi data ais tahunan yang tercatat hingga tahun 2007 membuat mereka berfikir kembali mengenai model ramalan yang telah dibuat sebelumnya. Para ilmuwan mengakui bahawa ada faktor-faktor kunci yang tidak mereka ikutkan dalam model ramalan yang ada.
Pada tanggal 6 Mac 2008, sebuah bongkah ais seluas 414 kilometer persegi (hampir 1,5 kali luas kota Surabaya) di Antartika runtuh. Menurut peneliti, bongkah ais berbentuk nipis dan sangat besar itu mengambang permanen di sekitar 1.609 kilometer selatan Amerika Selatan, barat daya Semenanjung Antartika. Walau bagaimanapun, diyakini bahawa bongkah ais itu berada di sana sejak 1.500 tahun lalu. “Ini akibat pemanasan global,” ujar ketua peneliti National Snow and Ice Data Centre (NSIDC), Ted Scambos. Menurutnya, penipisan ais yang disebut Wilkins Ice Shelf itu sangat jarang berlaku runtuhan dan pada masa sekarang, setelah adanya perpecahan itu, bongkah ais yang selebihnya tinggal 12.950 kilometer persegi, ditambah 5,6 kilometer potongan ais yang berdekatan dan menghubungkan dua pulau.
“Beberapa kejadian akhir-akhir ini merupakan titik yang menunjukkan mengenai perubahan sistem,” ujar Sarah Das, peneliti dari Institut Kelautan Wood Hole. Perubahan di Antartika sangat kompleks dari seluruh bagian dunia.
“Beberapa kejadian akhir-akhir ini merupakan titik yang menunjukkan mengenai perubahan sistem,” ujar Sarah Das, peneliti dari Institut Kelautan Wood Hole. Perubahan di Antartika sangat kompleks dari seluruh bagian dunia.
Antartika di Kutub Selatan adalah daratan benua dengan wilayah pergunungan dan danau yang diliputi oleh ais yang di sekeliling lautan. Benua ini jauh lebih dingin daripada Artik, sehingga lapisan ais di sana sangat jarang melebur, bahkan ada lapisan yang tidak pernah lebur dalam sejarah. Disebabkan suhu minimum 49 darjah Celsius, tapi pernah mencapai hampir minimum 90 darjah Celsius pada Julai 1983. Kesimpulannya, isu mengenai fenomena peleburan ais di benua yang mengandungi hampir 90 peratus ais di seluruh dunia itu tidak menjadi satu tanda tanya oleh semua lapisan masyarakat dan fenomena ini telah mendapat perhatian serius oleh peneliti.
Rujukan
1. http://www.bestglobalwarmingarticles.com/
2. The-Effects-of-Global-Greenhouse-Warming
3. solutions in greenhouse-gas
4. kesan-rumah-hijau
5. http://fisikaasik-gudangfisika.blogspot.com/2012/01/fenomena-akir-zaman.html
6. http://asriblog.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment